Thursday 24 April 2014

Doorgift: Custom 3D Fridge Magnet -- comel dan murah!


Tak sabar-sabar nak share tentang doorgift ni. Hehe.. Mula-mula pening jugak fikir idea doorgift yang best, yang orang tak buang macam tu je lepas majlis, dan affordable. Yelah, bukannya kita beli sebijik dua, paling kurang pun kena cover jumlah jemputan. So dari awal aku berniat bajet total doorgift tak lebih dari RM2000 untuk 1000 orang jemputan. Alhamdulillah aku jumpa supplier yang boleh tolong aku buat PVC fridge magnet ni jadi doorgift. Design buat sendiri, colour pilih sendiri. Harga ditentukan ikut saiz.


Design yang aku buat. Hantar ni je dah cukup. Nanti diorang pandai-pandai buat mold.



Yang hitam kat bekakang tu adalah magnet dia. Jangan tertipu dengan saiz kat dalam gambar ni! Kecik je sebenarnya. Lebar 4cm je. Kalau letak kat tangan besar macam kat gambar bawah ni. 


But not bad la kan. Comel pun comel. Hihi. Total kos untuk 1000 pieces magnet ni, tak sampai 3/4 daripada total budget aku! Haa you do the math. So baki budget tu boleh la untuk beli coklat ke, gula-gula ke, kotak/bekas/uncang doorgift ke..yelah takkan nak bagi magnet sebijik macam tu je..

Btw, akak aku pun guna servis yang sama untuk majlis dia. :) Tapi of course design dia lain lah.



Berminat? Sila komen dan tinggalkan contact details kalau nak order ye! ^^  Tapi! Kena booking at least awal 2 bulan tau. Sebab benda ni kena order dari jauh. Nak finalize design ape sume memang makan masa. Takut nanti tak sempat sampai before majlis. Huhu..

Sekian, selamat men'design' magnet idaman anda!

No comments:

Post a Comment